Thursday, 21 April 2011

BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukaknkah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan? CINTA, Firah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya.

Sebagaimana firman-NYA;
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-bintang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran:14)

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)
Oleh sebab cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda;
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, Nasal, Ibnu Majah, Ahmad. Baihaqi)
ALLAH berfirman;
Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman:70)
Namun, islam tidak memmbiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.


ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1. Menundukkan pandangan : ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.(an-Nuur:30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluaanya.(an-Nuur:31)

2. Menutup Aurat; ALLAH berfirman;
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.(an-Nuur:31)
Juga firman-NYA;
Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah melabuhkan jibabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.(an-Nuur:59)
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab:53)
4. Tidak bedua-duaan antara lelaki dengan wanita; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW besabda:
Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.(Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5. Tidak melunakkan ucapan (percakapan); Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan0perkataan yang baik.(al-Azhaab:32)
Berkata Imam IBnu Khatir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH SWT kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada wanita mukminah yang lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertiaanya janganlah seseorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia bebicara dengan suaminya.(Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6. Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk gengan jarum besi itu masih baik daripadanya menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir). Berkata Syeikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/1448). Rsulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram. Apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiaanya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak Adam nbahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina.Sebagaimana firman-NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.(al-Isra:32)
Hukum BERCOUPLE setelah memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa BERCOUPLE itu HARAM, kerana beberapa sebab berikut:
1. Orang yang brcouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2. Orang yang bercouple tidak akan boleh mejaga hijab.
3. Orang yang becouple biasanya sering bedua-duaan denagn pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5. Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dengan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6. Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk menHARAMkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?
Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimi ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau;
jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah HARAM, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau bedua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseoramg wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.?

Syaikh Abdullah bin Abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau;
perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan , pembicaraan, melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.?

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apakah hukumnya kalau ada seseorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang belum menikah;
揟idak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya.(al-Azhaab:32)
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.?

Syubhat dan jawapan yang sebenarnya keHARAMan berCOUPLE lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:
Tidak boleh dikatakan semua cara bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat. Jawabnya : Istilah bercouple berlandaskan Islam itu cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari hkalwat, menyentuh dan menutup aurat. Tetapi tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.
Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karektor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana kegagalan sebelum menikah akan lebih jauh ringan daripada kalau terjadi setelah menikah. Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karektor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyelesaian di kemudian hari. Namun tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya dihadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Fenomena Couple dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitikberatkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikan dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah. Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan menjauhi hal-hal yang telah dilarang (HARAM). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH SWT.

BERINGAT-INGATLAH KALIAN SEMUA
BERCOUPLE ITU ADALAH HARAM

Friday, 8 April 2011

sedey toi

arinie bufday adik aq..c syafiq 2..xley jumpa dya..huhu..minggu dpan la jwabnya..agak2 nak bg apa la taun nie..hurm..penin2..adoi..

Wednesday, 30 March 2011

jAMuAn dOrM L2a 2010

                    tengah susun makanan yang paling sedap...haha

                    alahai ckitnya makanan...sedey toi..

               tasnim tekong baca doa makan
               Bismillahhirrahmanirrahim

               kenangan beb...cian kat paktam..haha

                     budak2 L2A memang hensem2...haha

                     yang pendek tu najmi adik farid saad..hua3
                    yang tinngi ckit 2 adik gua syafiq..hahaha
               orang kuat afrika tenggara

                hasan,tasnim n azzam
                kat blakang paez tu seksa...haha


nie jala gambaq2 yang smpat aq uplaod..ha3..nanti2 plak nak upload..actually bnyak g..arap sume be patient ar..haha...kpd bdk2 dorm l2a 2010 nieh la kenangan ampa suma..hahahaha

jamuan f5 aspura asmktj 2010





nie gambar kengan buat kami semua..forever n ever....nie last malam kami kat asrama smk taman jelutong..huhu..moga kenangan xdlupankan..

bodak2 asrama 2010

bodak2 asrama 2010
the best damn thing